My Blog

Friday, February 18, 2011

Nota

Kusaut kuap angin dari lembah

terhanyut pada sang empunya

dengan kudrat sepasang sayap

kau membelah langit pertama

lantas iman mengalir deru

betapa ilmu Tuhan

hanyutkan akalku..

"Allah! sungguh indah Penciptaan-Mu"

Allah SWT berfirman, "Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka dari jatuh melainkan Allah; sesungguhnya pada demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.." Surah An-Nahl 16:79.

Burung yang terbang adalah keajaiban yang sangat kompleks sehingga menakjubkan para saintis:

  • Tulang burung sangat ringan tetapi kukuh kerana bahagian dalam tulangnya kosong
  • Sayap burung dijadikan dalam bentuk aerodinamik yang membantunya untuk terbang dengan baik
  • Paru-paru burung sangat unik kerana ia menyedut dan menghembus udara melalui saluran yang berbeza
  • Bulunya dibentuk daripada protein yang dinamakan keratin. Bahan yang keras dan tahan lasak ini terbentuk dari sel-sel lama yang meninggalkan sumber zat dan udara untuk mati dan menghasilkan sel-sel baru
  • Burung membersihkan bulunya menggunakan minyak yang keluar dari kalenjar minyak di ekornya. Ini menjadikan bulu burung kemas, berkilat, licin dan kalis air
  • Semua burung yang terbang mempunyai tulang dada (sternum) yang sangat kuat untuk menyokong otot-otot sayap

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000751548858

Fiza Omar

18 Februari 2011

No comments:

Post a Comment